Thursday, February 24, 2011

Holiday time - LONDON & PARIS

Nebesss rasanya , lagi 3 hari my holiday to London. Ini lah kali pertama aku holiday jauh beribu ribu batu dari Malaysia..sebelum ni holiday ke Indonesia dan Thailand sahaja..teringin benar ke UK alhamdulilah tercapai juga hasrat di hati walaupun plan telah lama.Big-big thank you to AirAsia yang menawarkan ticket yg murah dan reasonable ,mmg kena dgn moto AirAsia sendiri "Everyone can Fly" now i can fly to London..hehhhee
Aku akan berada di sana dari 1 March - 6 March 2011. Walaupun rasa sekejap tapi cukup lah utk aku menikmati keindahan dan kesejukan kota London dan Paris nanti..lagi pun budget aku ciput jer...pound sterling tu...nak shopping sikit2 boleh laa..cari benda yg boleh dijadikan cenderamata utk teman2 tersayang.

LONDON...HERE I COME........

Packet gula2 for my cousin wedding.

Benda ni mmg aku selalu buat sendiri time my sisters kawin dan hari raya pun aku bagi pada budak2 yang datang ke rumah. Minggu lepas mak aku call beritahu yg cousin aku nak kawin pada 6-3-2011.Hhuhh...dah nk dekat baru bagitahu..memandangkan aku tidak dapat pergi ke majlis kawin dia sbb aku masih berada di London time tu (holiday) so aku sponsor lah packet gula2 nie utk diberi kepada tetamu2 yg hadir masa wedding dia nanti.

Senang je nak buat benda ni, hanya perlukan gula2 , reben dan packet plastic.


Setelah di bungkus ia akan menjadi seperti di bawah , kita boleh menjadikan packet gula2 ini as a door gift utk acara birthday ataupun open house.

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year 1Malaysia

Hari ni merupkan cuti umum utk semua warga 1Malaysia terutamanya yg berbangsa cina menyambut Chinese New Year.So bila dah cuti ni tak tahu nak buat apa sebab tak ada planing dari awal.Kalau nak pergi bercuti pun surely dah fully booked sebab ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Tanpa dirancang hari ini aku pergi lah ke The Curve Damansara untuk menonton wayang.

"SHAOLIN" movie ke-2 untuk tahun ini selepas aku menonton "KHURAFAT" pada bulan lepas. Aku suka movie ini walaupun watak Jakie Chan bukan lah watak utama dalam movie ini tapi cinematicnya cukup hebat dan aku memang gemarkan filem2 kung fu sejak dari bangku sekolah lagi.

Lepas habis menonton movie, so lepak2 la di CHOCOLATE cafe utk menikmati minuman panas. Yummy, aku order hot Capuccino dan Belgian Waffle with Ice Cream...jom !!!



Selepas menikmati minuman dan waffle ,hujan pun mula turun dgn lebatnya. Aku mengambilkan keputusan untuk beredar balik ke rumah.Dalam perjalanan aku terpikir nak makan apa for dinner malam nie...errrmm nak yg simple and western fusion..."SPAGHETTI SEAFOOD OLIO"....yummy...
Nak tahu apa bahan dan bagaimana cara nak masak nya, di bawah ini aku tunjukan resepi kasih sayang spaghetti seafood olio itew..


SPAGHETTI SEAFOOD OLIO
4 0rang makan
Bahan tumis :-

8 ulas Bawang merah kecil -dimayang halus
6 ulas Bawang Putih- dicincang halus
4 ulas cili padi
Satu sudu makan cili giling
Olive Oil
Bahan basah :-

12 ekor udang besar (direbus)

 3 ekor Sotong besar (direbus)

Sayur Brokolli dan Oyster Mushroom

Spaghetti (direndam selama 10 minit , di tos dan digaul bersama olive oil)


Cara-cara memasaknya :-

Tumiskan bahan-bahan tumis bersama Olive Oil. Campurkan air rebusan udang dan sotong tadi untuk menambahkan keenakan rasa seafood nya.
Setelah naik bau , masukan sotong bersama hirisan oyster mushroom dan gaul selama 3 minit.


Masukan pula brokolli dan gaul selama 5 minit.

Akhir sekali masukan spaghetti dan udang tadi ,letakan seketul stock pati ikan bilis dan gaul hingga bahan2 tadi sebati. Anda boleh menghidangkannya berkuah atau pun secara kering. Lepas ini siaplah satu hidangan yang ringkas tapi menyelerakan dan healthy.

Ini lah hasil " SPAGHETTI SEAFOOD OLIO" dari aku. Yummy...Selamat mencuba...senang je bah....



Tuesday, February 1, 2011

Nokia N8 my new gadget...

 Nickname : No..no its mine.
Tarikh Beli : 12 January 2011

Actually aku beli Nokia ni sbb features dia yg mmg sesuai utk kegunaan aku.Selain dari good quality pictures ,rakaman video HD Nokia N8 dia mmg cantik dan smooth.


Nak tahu features and specification Nokia N8 ini...ha aku bagi link ni :- NOKIA

Kat bawah ni aku tunjukan contoh gambar dan video yg telah dirakam mengunakan Nokia N8 aku ni.


Lampu Tanglung di Curve Damansara di waktu malam.

Pic my kittens...



Ada banyak lagi photos yg aku ambik dari phone Nokia N8 nie..nanti bila2 masa akan aku postkan kat sini..td try nk post video tapi lembap jer computer ni upload...tak pe next time k.