Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year 1Malaysia

Hari ni merupkan cuti umum utk semua warga 1Malaysia terutamanya yg berbangsa cina menyambut Chinese New Year.So bila dah cuti ni tak tahu nak buat apa sebab tak ada planing dari awal.Kalau nak pergi bercuti pun surely dah fully booked sebab ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Tanpa dirancang hari ini aku pergi lah ke The Curve Damansara untuk menonton wayang.

"SHAOLIN" movie ke-2 untuk tahun ini selepas aku menonton "KHURAFAT" pada bulan lepas. Aku suka movie ini walaupun watak Jakie Chan bukan lah watak utama dalam movie ini tapi cinematicnya cukup hebat dan aku memang gemarkan filem2 kung fu sejak dari bangku sekolah lagi.

Lepas habis menonton movie, so lepak2 la di CHOCOLATE cafe utk menikmati minuman panas. Yummy, aku order hot Capuccino dan Belgian Waffle with Ice Cream...jom !!!



Selepas menikmati minuman dan waffle ,hujan pun mula turun dgn lebatnya. Aku mengambilkan keputusan untuk beredar balik ke rumah.Dalam perjalanan aku terpikir nak makan apa for dinner malam nie...errrmm nak yg simple and western fusion..."SPAGHETTI SEAFOOD OLIO"....yummy...
Nak tahu apa bahan dan bagaimana cara nak masak nya, di bawah ini aku tunjukan resepi kasih sayang spaghetti seafood olio itew..


SPAGHETTI SEAFOOD OLIO
4 0rang makan
Bahan tumis :-

8 ulas Bawang merah kecil -dimayang halus
6 ulas Bawang Putih- dicincang halus
4 ulas cili padi
Satu sudu makan cili giling
Olive Oil
Bahan basah :-

12 ekor udang besar (direbus)

 3 ekor Sotong besar (direbus)

Sayur Brokolli dan Oyster Mushroom

Spaghetti (direndam selama 10 minit , di tos dan digaul bersama olive oil)


Cara-cara memasaknya :-

Tumiskan bahan-bahan tumis bersama Olive Oil. Campurkan air rebusan udang dan sotong tadi untuk menambahkan keenakan rasa seafood nya.
Setelah naik bau , masukan sotong bersama hirisan oyster mushroom dan gaul selama 3 minit.


Masukan pula brokolli dan gaul selama 5 minit.

Akhir sekali masukan spaghetti dan udang tadi ,letakan seketul stock pati ikan bilis dan gaul hingga bahan2 tadi sebati. Anda boleh menghidangkannya berkuah atau pun secara kering. Lepas ini siaplah satu hidangan yang ringkas tapi menyelerakan dan healthy.

Ini lah hasil " SPAGHETTI SEAFOOD OLIO" dari aku. Yummy...Selamat mencuba...senang je bah....



No comments:

Post a Comment